Assalamualaikum w.b.t.
Lama sungguh tangan ini tidak berlari-lari di atas keyboard Fujitsu untuk mengupdate blog indah ini. Mungkin bersebabkan tak ada masa? tak minat berblogging? malas nak update blog? (*I think it is all three of those....huhuh*) Walau bagaimanapun, blog ini jugalah tempat rujukan saya sendiri apabila tak tahu hendak mencari rujukan lama dimana lagi. :)
Dua tiga hari ini, banyak yang saya belajar. Antaranya saya mengimbau kembali apakah kepentingan kawan dan pengikut.
Dan ternyata kawan itu sangat penting untuk kita sampai kepada sesuatu matlamat. Setiap orang yang kita jumpa setiap hari saya yakin pasti ada hikmahnya. Pasti ada sebab mereka muncul pada waktu itu dan ketika itu. Untuk menyambung babak-babak hidup kita seterusnya.
Dan kita pula berkata, "Kenapakah aku berjumpa dengan dia? Tak ada satu pun yang aku dapat dari dia..malah dia lagi menyusahkan aku!". Alangkah ruginya sekiranya kata-kata yang seperti itu yang kita ungkapkan.
Sesungguhnya Allah itu memberikan segala yang terbaik untuk kita. Dia adalah cinta sempurna, cinta Abadi! Yakinlah bahawa semua yang terlintas dihadapan kita adalah Hadiah Ikhlas daripada-Nya.
Sungguhlah...Setiap yang saya jumpa sepanjang hidup saya ada hikmah dan kegunaannya. Antaranya, menyebabkan saya hargai orang dikeliling saya, mengubah diri saya menjadi seorang yang menyayangi orang lain walaupun mereka sering menyakiti saya, merubah perspektif pemikiran agar mudah memaafkan orang lain, saya juga menjadi lebih matang dan dewasa, dan yang paling penting saya menjadi lebih banyak bersyukur dengan apa yang ada.
***
"Kalaulah hati ini boleh berkata-kata, izinkan ia mengucapkan kalimah Alhamdulillah sehingga ke hari kiamat"
***
Apa pula pengikut itu?
Iaitu orang yang sering menganggap kamu adalah penyambung babak hidup untuk mengubah hidup mereka.
Mereka inilah yang menjadikan kita sangat dewasa dan lebih terkawal setiap gerak geri kita. Sayangilah mereka. Corak hidup kita juga ada kebergantungannya pada mereka. Begitu juga sebaliknya, Baiknya kita, mereka akan menjadi lebih baik. Buruknya kita, mereka akan menjadi lebih sesat!
Jangan pernah kita kehilangan mereka, dapatkanlah respect dari mereka agar kita menjadi pemimpin dan ikutan yang baik.
Semoga kita boleh membimbing mereka ke jalan Allah dan Rasulullah S.A.W.
***
Syukran,
Malik Hashim
13092013
No comments:
Post a Comment