Search This Blog
Sunday, 2 December 2012
Kemuncak Solat, Al-quran, Ibadah?
Assalamu'alaikum w.b.t.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Sahabat yang dikasihi,
Dunia hari ini semakin melalaikan dengan penuh tipu daya dan kealpaan.
Hari demi hari, bulan berganti bulan, siang berganti malam, Manusia masih kerap melupakan perhitungan- perhitungan hari mereka. Umur mereka masih dekat menghampiri kematian, Izrail semakin kerap menjenguk orang yang lalai itu. Manusia terus gembira dengan dunia yang fana ini. Sedangkan bulan dan matahari sering mengkhabarkan kepada kita akan hampirnya nazak mereka.
Ini adalah soalan kuiz serta jawapannya..
1) apa kemuncak solat?
jawapannya adalah mengakunya kita sewaktu solat bahawa "Allah is a God" dalam solat kita. sehinggakan dalam hati kita terungkap "Ya Allah, Kau lah Tuhan"... bermula dari sinilah terlekatnya kekhusyukan solat kita kerana ungkapan tersebut merupakan tahap yang paling tinggi dalam kalimah "lailaha Illallah"..iaitu pangkat "laa maujud Illallah". Ini merujuk didalam al-Quran, "alastu birobbikum? bala syahidna" yang bermaksud, Allah bertanya kepada ruh2 di luh mahfuz, " Benarkah aku ini tuhan kamu? " kemudian jawab ruh2 itu, " bahkan kami menyaksikan!"
*pangkat pertama = Laa ma'bud Illallah
pangkat kedua = Laa maqsud Illallah
pangkat ketiga = Laa maujud Illallah
2) apa kemuncak Al-Quran?
jawapannya adalah Ayat kursi sepertimana yang di sampaikan oleh baginda dalam sabda beliau.
*Ni belajar dari Ustaz Syamsuri haji Ahmad.
3) apa kemuncak Ibadah?
jawapannya adalah Akhlak. Merujuk kepada Hadis2 baginda Rasulullah s.a.w yang menekankan bahawa akhlak kita di dunia adalah amalan paling berat timbangannya di akhirat kelak..So berbuat baiklah sesama manusia dan makhluk Allah ya.. ^^
*Cara nak pandang orang lain ialah dengan pandangan rahmat, pandangan rahmat bermaksud kita melihat orang lain seolah2 orang tersebut bakal kita temui di syurga kelak. Semua orang layak ke syurga, maka janganlah kita meremehkan ihsan kita terhadap mereka. ^^
p/s: Kepada pengunjung blog ini, dibenarkan dan digalakkan untuk korg bertanyakan semula kepada rakan2 korg soalan kuiz ini. Ia lebih baik dari borak or cakap benda yg bukan2.^^
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment