Search This Blog

Friday, 22 January 2016

Ayah


Sunday, 24 May 2015

Pagi yang indah?

Assalamualaikum, sudah lama blog ini tidak bersentuh. Tetapi kali ini kita berjumpa dalam keadaan malik hashim yang berbeza wahai blog!

Bermula pada hari ini. Saya akan share semua ilmu yang saya belajar sepanjang saya berlayar dalam dunia business ini.

Bismillahirrahmanirrahim,

kita bermula dengan kekuatan dalaman.

Apa tanggungjawab seorang businessman?

1) Menjaga Solat lima waktu
2) Menjaga ibu bapa
3) Bersedekah

Percayalah kata-kata saya bahawa dengan menjaga ketiga-tiga amalan ini sudah cukup menjadikan anda seorang businessman yang diredhai Allah. MashaAllah, anda akan dikelilingi segala keberkatan di dalam hidup anda.


Anda boleh lihat blog printing saya di ---> galaxyprintingdotcom.blogspot.com

Friday, 5 September 2014




30 JUNE -  Bukanlah tarikh yang teristimewa dalam hidup aku, Bukan juga tarikh yang aku bangga2kan. Tetapi itulah tarikh yang membuatkan aku menjadi istimewa dan akan ku bangga di akhir nanti.

Itulah tarikh aku drop from UIA. Bukan kerana ku tak cinta, bukan kerana ku hina, bukan kerana dibuang, tetapi aku sendiri yang memilih jalan ini. (:

Aku happy kerana memilih jalan ini. Sesudah aku istikharah inilah yang aku dapat. Allah berikan aku jalan yang sukar ini ( bukan Zon selesa ).

Sedang kawan-kawan aku di sana masih lagi menuntut ilmu mengejar cita2 pilihan mereka, aku disini juga mengejar cita-cita aku yang dah lama aku impikan.

Ketika di UIA, sering aku bertanyakan diri sendiri, "Apakah yang kau sedang buat ni Malik? Cita-cita kau mcm mana? Kau dah lupakan ke?".

Tujuan aku drop UIA bukanlah untuk membuktikan orang yang tidak masuk U ni pun boleh berjaya. Aku tak kisah langsung pasal tu.

*****Aku mengejar cita-cita*****

Cita-cita aku bukanlah untuk menjadi seorang Peguam, bukan juga Doktor, bukan Askar, bukan juga Cikgu. Aku ada matlamat hidup aku sendiri.

One day insyaAllah aku akan tunjukkan pada kalian bahawa "inilah cita-cita saya!"

Thats the day I will be proud of.

Pray for me... :)

Tuesday, 20 May 2014

Push ups??



Because I love push ups.

*p/s: currently doing 75++ push ups every day. Did 100 once. Looking forward to become everyday.
:)

Thursday, 8 May 2014

Silaturrahim Dengan Orang Baru Kenal

Assalamualaikum,

Hari ini saya ingin share dengan kamu semua tentang silaturrahim with someone yang kita baru kenal.

Apa yang kebanyakan orang inginkan dari kita ialah respect. Mereka ingin di sialturrahim kan melalui respect. Bukannya atas urusan kerja atau pelajaran.

Apa yg saya selalu lakukan untuk merapatkan hubungan dengan orang yang saya baru kenali ialah dengan memberi mereka makanan. ;)

Makanan? mesti kamu hairan kan... tetapi sebenarnya itulah antara apa yang Nabi kesayangan kita ajarkan. Dengan sedikit pemberian dan sedekah itulah Kasih sayang terjalin sesama insan.



Saya sering meringankan tangan dengan memberi makanan kepada saudara2 seislam atau rakan-rakan saya walaupun baru sahaja mengenali mereka.

Mungkin makanan itu bagi anda ia seperti "rasuah" untuk melembutkan hati anda.

TETAPI, bagi saya, sebenarnya saya sedang BERKONGSI KEBAHAGIAN BERSAMA ANDA.

:)
<3 <3


Friday, 13 September 2013

Apakah benda penting itu?

Assalamualaikum w.b.t.

       Lama sungguh tangan ini tidak berlari-lari di atas keyboard Fujitsu untuk mengupdate blog indah ini. Mungkin bersebabkan tak ada masa? tak minat berblogging? malas nak update blog? (*I think it is all three of those....huhuh*) Walau bagaimanapun, blog ini jugalah tempat rujukan saya sendiri apabila tak tahu hendak mencari rujukan lama dimana  lagi.  :)

       Dua tiga hari ini, banyak yang saya belajar. Antaranya saya mengimbau kembali apakah kepentingan kawan dan pengikut.

       Dan ternyata kawan itu sangat penting untuk kita sampai kepada sesuatu matlamat. Setiap orang yang kita jumpa setiap hari saya yakin pasti ada hikmahnya. Pasti ada sebab mereka muncul pada waktu itu dan ketika itu. Untuk menyambung babak-babak hidup kita seterusnya.

        Dan kita pula berkata, "Kenapakah aku berjumpa dengan dia? Tak ada satu pun yang aku dapat dari dia..malah dia lagi menyusahkan aku!". Alangkah ruginya sekiranya kata-kata yang seperti itu yang kita ungkapkan.

        Sesungguhnya Allah itu memberikan segala yang terbaik untuk kita. Dia adalah cinta sempurna, cinta Abadi! Yakinlah bahawa semua yang terlintas dihadapan kita adalah Hadiah Ikhlas daripada-Nya.

        Sungguhlah...Setiap yang saya jumpa sepanjang hidup saya ada hikmah dan kegunaannya. Antaranya, menyebabkan saya hargai orang dikeliling saya, mengubah diri saya menjadi seorang yang menyayangi orang lain walaupun mereka sering menyakiti saya, merubah perspektif pemikiran agar mudah memaafkan orang lain, saya juga menjadi lebih matang dan dewasa, dan yang paling penting saya menjadi lebih banyak bersyukur dengan apa yang ada.



***

"Kalaulah hati ini boleh berkata-kata, izinkan ia mengucapkan kalimah Alhamdulillah sehingga  ke hari kiamat"

***

Apa pula pengikut itu?

Iaitu orang yang sering menganggap kamu adalah penyambung babak hidup untuk mengubah hidup mereka.

Mereka inilah yang menjadikan kita sangat dewasa dan lebih terkawal setiap gerak geri kita. Sayangilah mereka. Corak hidup kita juga ada kebergantungannya pada mereka. Begitu juga sebaliknya, Baiknya kita, mereka akan menjadi lebih baik. Buruknya kita, mereka akan menjadi lebih sesat! 

Jangan pernah kita kehilangan mereka, dapatkanlah respect dari mereka agar kita menjadi pemimpin dan ikutan yang baik. 

Semoga kita boleh membimbing mereka ke jalan Allah dan Rasulullah S.A.W.



***

Syukran,
Malik Hashim
13092013

Thursday, 3 January 2013

Jihad

Assalamualaikum ku ucapkan,



Aku ingin membahaskan tentang kehidupan,

Yang hari ini ia semakin punah dan dimamah

Aku ingin menceritakan tentang jisim yang digelar sebagai 'dunia'

Yang penciptaannya adalah sebagai arena untuk manusia diuji!



Andai hari ini adalah kemuncak hidupku, biarlah aku berjuang bermati-matian

Sekiranya perlu untuk aku lakukan, berilah tanganmu untuk membantuku

Andai nafasku hari ini adalah nafas yang terakhir, bernarkanlah aku bernafaskan kemenangan

Sanggupku tinggalkan segala kebahagiaan demi satu kebahagiaan!



Aku ingin menjadi diriku yang kemuncak

Aku ingin memecahkan halangan ini

Aku ingin terbang

Aku ingin mengubah dunia!